My favorite Songs

Thursday, September 23, 2010

Love Money

Sebelum aku mulakan.Aku nak bagitau bende yang aku nak citer ni tade kene mengena langsung dengan materialistik okey.Anyway aku pown bukan orang yang giler harta.No!!!!!Tengok tu berape banyak tande seru aku letak.Siyes tak siyes plakkan aku pasal orang kate aku giler harte ni.Aku pown tak nak cakap saper yang kate tu an...

          Berbalik semula pada bende yang aku nak citer sebenarnya.Hurmmmm....Aper dia ae??Baru-baru ni aku selalu perasan yang setiap kali kawan aku date ngan pakwe dia,balakz dia tu selalu bagi duit yang dah dilipat-lipat jadi bentuk love.

          Selame ni aku tak penah tertarik pown sebab tengok bende tu cam base2 jewk.Apelah susah nak buat menatang tu an.Lipat-lipat jewk da jadi.Senang giler!!Tapi biler aku cuber wat pertame kali.Baru aku tau susah tak susah buatnyer.Tapi sekarang da expert dah...*Riak la plak

         Aku ase mungkin kowunx sumer pernah nampak or mybe kowunx gak tau care nak buatnya.Anyway aku tak kire.Aku nak gak share step2 nak buat menatang ni.Hahaha....Sengal!!!

         Okey...Mule-mule kita amik duit seringgit.Lau duit besar2 tak cantik coz nanti love dia mesti jauh antare satu same lain.Dah macam orang putus cinta plak nampak ti.



         Pastu kiter lipat dua kasi dia betul-betul rate so love yang kiter nak buat t seimbang and takder la nmpak cam cacat sebelah kan.



        Kiter bukak balik lipatan tadi kemudian lipat masuk bahagian tepi hingga betul-betul diatas garisan yang telah terhasil tadi.Eceh..



       Kemudian kite tarik bahagian penjuru dia masuk dalam sampai jadi macam bentuk kat bawah ni.Make sure dua-dua same rate.



       Lakukan perkara yang sama pada bahagian hujung satu lagi.Kemudian lipat bagi mencari garisan tengah.



      Lipatkan ke belakang hingga batul-betul diatas garisan tengah tadi.



      Lakukan perkara yang sama pada bahagian yang satu lagi kemudian tarik bahagian atas turun ke bawah seperti yang ditunjukkan di bawah.



       Dah nak siap pown love kita tadi....Sekarang kita cuma perlu mmbuat sedikit kemasan bagi memastikan bentuk love yang kita buat tu benar-benar cantik.



      Taraaa!!!!!da siap...Hahaha...Senang jewk an...Renung-renungkan dan selamat mencuba...




P/S: Kalau nak lagi cantik duit tadi boleh digantikan dengan kertas warna yang bentuk dan saiznya sama dengan duit seringgit.K....Babaiii!!!

Thursday, September 16, 2010

Aku dAn RaSa iTu

Bila .........
Agaknya dapat kita bertemu kembali .
Untuk menunaikan segala janji yang terpatri ,

Dimana .....
Agaknya kita satu hari nanti ,
Di medan bakti atau dibawah jambatan besi ,

Bagaimana ....
Agaknya jalan yang harus kita tempuhi ,
terang dan lurus atau beonak berduri ,

Bukan itu persoalannya kini ,
Yang pasti kita dapat mencoraknya sedari kini ,
Kita yang menentukan di mana kita nanti .

Ahh ... sungguh mudah melafaskan janji ,
Namun mengapa sukar untuk kita tepati ? ?
untuk berkata menasihati ,
untuk membetulkan diri sendiri ,

tak mahu berjaya ? ?
Munafik sungguh andai aku mengiya ,
ingin hidup bahagia ,
begitu sukar untuk aku belajar meninggalkan kesenangan buat sementara ? ?

Aku ingin berjaya ,
Namun rasa ini kian bermaharajalela ,
Pergilah kau jauh dari membelenggu jiwa ,
Kerana aku bukan hnya mengejar cinta tapi ingin mendakap cita - cita .

Pergilah wahai rasa ,
Jangan kau seliputiku dengan bahagia yang sementara ,
akan terjawab persoalannya ? ?
dapat menduga ,
Selagi rasa ini mengunci segala cinta dan cita ,
Yang selama ini ku pahat kemas di dalam dada ..

Pergilah kau wahai rasa ,
Kerna kehadiranmu tidak membawa apa - apa ,
Selain merosakkan hidup dan menarik bahagia .