My favorite Songs

Monday, June 17, 2013

Pernahkah.

Kemana hilangnya indah langit lazuarndi?
Adakah kerana bintang malu untuk bersua,
Atau, adakah kedukaan hati yang menyirna indahnya?

Pernahkah kau merasa sebegini?
Kedukaan hati yang x terluah dengan sepatah kata,
Menyesakkan dada menyelinap ke setiap rongga.

Pernahkah kau rasa ingin menangis,
Tapi tangisan itu tertahan tak terluahkan.
Perit yang kau rasakan.
Keperitan yang tak mampu terucapkan.


Saturday, June 15, 2013

Cinta Fitrahku.

Cinta Fitrahku.
Saat rindu mengusik hati, imanmu kau pertahan.
Saat kasih mengulit mimpi, kematian menjengah dalam ingatan.
Cinta fitrahku.
Membawa aku kembali ke mari.
Berteleku dalam sujud pada yang Esa.
Kau cinta fitrah ku, bakal imam ku,
bersatu di bawah naungan-Nya.
Saat hati menjadi taruhan,
Semoga cinta Abadi di suburkan,
dan cinta fitrahku dipeliharakan.