My favorite Songs

Sunday, December 5, 2010

Persekolahan

Aku.....hanya seorang pelajar biasa,
Di ajar oleh guru biasa,
Dengan cara yang sama,
Berbekalkan semangat yang sedia ada.

Hari mula berganti bulan,
Bulan mula berganti tahun,
Kini sudah tiba saatnya..
Berpisah dengan zaman yang istimewa.

Dikelilingi teman rakan dan taulan,
Bersama menyambut ilmu panduan,
Walau terkadang panas telinga,
Namun cikgu adalah insan yang ku sanjung mulia,

Siapakah kita selepas ini?
Mungkinkah kita kan bertemu di arena ini?
Atau...mungkin kita kan terus menempuhi cabaran hidup ini?

Masanya sudah tiba...
Tiada lagi kata "Selamat Pagi cikgu."
Walau kau mungkin tak percaya...
Aku pasti merindui detik itu.

Saturday, December 4, 2010

Nasib seekor kucing...

Namaku Putih...Aku dulunya seekor kucing yang sangat comel...Dengan tompok coklat di bahagian muka dan badan yang putih gebu..Aku cukup disukai oleh tuanku.Aku di jaga dengan penuh kasih sayang...
Satu hari...tuan aku terkena alahan.Sejak itu setiap kali dia mendekatiku kulitnya akan memerah, hidungnya berair dan bersin berterusan.Aku di larang keras oleh ibu bapanya untuk mendekatinya.Ahh... Sedihnya hati ini...
Aku semakin diabaikan...makan minumku tidak di ambil peduli oleh seluruh ahli keluarga tuanku. Oohh...aku mesti mencari makanan..Perutku sudah berkeriuk kelaparan.Lalu aku curi-curi masuk ke dapur dan memakan ikan yang ada di singki dengan lahapnya.
"Prang!!!"aku terpelosok ke bahagian bawah singki.Habis sakit badan ku..
"Tak guna punya kucing!!!Kau curi ikan aku ya.Keluar kau.Keluar!!"sayup-sayup ku terdengar suara penghuni rumah itu menghalauku keluar...Tiba-tiba ku lihat tuanku menjerit-jerit memanggil nama ku dengan linangan air mata.Ahh...pilunya hati ini...
Kini aku menjadi kucing buangan...Mana tempat untuk ku tuju?Mana arah untuk ku pergi??Aku juga tidak mengetahuinya...Aku hanya mengikut gerak langkah kakiku.Makanan lazat??itu bukan lagi kehendakku..Aku mula menyelongkar tong-tong sampah yang ada...
Nasibku baik...Aku dapat merasa ikan goreng...walaupun cuma secubit sahaja isinya.Aku tahu... perutku pasti akan terluka jika aku tetap menelannya.Tapi apakan daya...Aku harus melakukannya untuk terus hidup.
Begitulah nasibku sehari-hari..Kini aku telah lali dengan sampah,maki-hamun dan kekejaman manusia. Kaki hadapan kananku di potong oleh manusia yang tidak berperikemanusiaan.Yang sanggup menganiaya makluk tuhan seperti ku.Tapi aku masih bernasib baik kerana dapat terus hidup.
Satu hari...Setelah bangun saja dari tidur...aku merasakan bahawa badanku mengalami kegatalan yang amat sangat.Aku menggaru tetapi masih tidak berkurang.Dugaan apakah ini..
Semakin hari penyakitku semakin teruk..Hingga bulu-buluku yang lebat mula gugur di satu-satu tempat.Kulitku kelihatan merah dan berair bertompok-tompok di antara bulu-bulu yang masih ada.Beratku semakin susut...Aku terus hilang keinginan untuk makan...
Aku kini....seekor kucing yang lemah...hodoh...dan juga seekor kucing yang menanti ajal datang menjemputku...Bayangan tuan aku yang comel masih terpahat dalam ingatanku...Mataku kian layu.... Semakin kabur...Selamat tinggal wahai dunia...

Tuesday, November 30, 2010

Kelmarin dan hari ini

Langit mendung di luar sana...
Gelap suram dingin dan pilu...
Sama seperti apa yang aku rasa...
Rasa detik hati yang merindu..


Kelmarin....pagi-pagi lagi aku sudah mengirim mesej selamat pagi,
Sebagai tanda aku mengingati dirimu..
Kelmarin....Setiap malam aku menghubungimu,
Semata-mata kerana rindu ingin mendengar suaramu..

Hari ini....siapa agaknya yang mengingatimu?
Dan siapa yang kau ingat?
Hari ini....siapa agaknya yang kau rindu?
Dan siapa yang menghubungimu.

Kelmarin....aku sering mengganggu nyenyak tidurmu,
Tapi kau tetap melayan kerenahku,
Kelmarin...aku masih boleh memangil namamu,
Dan kau masih menyahut panggilanku..

Hari ini.....siapa agaknya yang memecahkan mimpi-mimpi mu?
Dan kerenah siapa pula yang menyusahkanmu.
Hari ini....siapakah yang memanggil namamu?
Dan siapa pula yang menyaut panggilan itu.

Hidupku dalam bayanganmu...
Aku buntu!!!

Monday, November 29, 2010

KAU TIPU AKU-KANGEN BAND

Betapa remuk jantungku
Kau tipu aku
Kau tipu aku
Betapa sakit hatiku
Kau buang aku
Kau buang aku

Ku tatap langit yang hitam
Saat menanti malam
Kau pun tak kunjung datang
Kau buat gelap pelangi
Lalu kau datang lagi
Membuat luka ini

Kau jangan mencoba untuk di sini
Kau jangan mencoba untuk kembali
Bila kau di sini
Biar ku yang pergi
Kau telah ingkari semua janjimu
Kau telah ingkari semua sumpahmu
Sudah usai sudah cerita tentang kita
Jangan pernah kau di sini
Jangan pernah kau kembali
Jangan pernah kau di sini
Ulang Chorus 2X
Betapa remuk jantungku
Kau tipu aku
Kau tipu aku

Bila cinta kini tak lagi bermakna,
Yang ku rasa kini hanyalah nestapa,
Ditinggalkan cinta masa lalu...

Dulu kau tawarkan manisnya janjimu,
Dan ku sambut itu dengan segenap hatiku,
Hingga engkau pergi tinggalkanku....

Hilangnya cintamu...Menusuk hatiku....
Hingga ku memilih....cinta yang fana....
Perginya dirimu....Merobek jantungku...
Hingga ku terjatuh....dalam harapan...

Ku sebut namamu,
Di setiap doaku,
Dan ku kan setia kenangan tentangmu,
Yang ku dapat hanyalah bayangmu..

Hilangnya cintamu...Menusuk hatiku....
Hingga ku memilih....cinta yang fana....
Perginya dirimu....Merobek jantungku...
Hingga ku terjatuh....dalam harapan...
Dalam harapan....
http://www.youtube.com/watch?v=NoJx2YvqS7E

Ikhtiar

Pabila ku imbas kehidupan baru ku sedar,
Ia bagai satu roda berputar,
Turun naiknya di baca dan di jaga.

Ramai juga telah ku temu datang dan pergi,
Ada lebih lama ada sehari,
Ada masih ada,juga ada yang telah pergi...

Kekasih menjadi orang asing,
Rakan karib buatku rungsing,
Buat apa pening-pening,
Ku sakit hati dengan mu,
Tanpamu ku tahu aku saja yang mampu,

Menentu hala tuju,
Membahgiakan diriku,
Mewarnakan hidupku,
Jangan sekali engkau sangka,
Diriku kan merana,
Diriku akan sukar,
Kerana kau tiada,
Aku tak gusar ku kan terus ikhtiar,

Walaupun kau tiada aku tak gusar,
Ku kan ikhtiar.

Setinggi-tinggi bangunan ada cecah angkasa,
Bisa runtuh dalam sekelip mata,
Kini apa saja boleh berlaku,
Apa saja.

Mungkinkah ini naluri manusia biasa,
Mudah berjanji juga mudah lupa,
Berdendam dan jatuh menjatuh sama kita.

Musuh jadi teman sejati,
Orang asing jadi kekasih,
Buat apa bermuka-muka katakanlah saja,
Di hatiku pasti ku saja yang ku perlu,

Menentu hala tuju,
Membahgiakan diriku,
Mewarnai hidupku,
Jangan sekali engkau sangka,
Diriku kan  merana,
Diriku akan sukar,
Kerana kau tiada aku tak gusar ku kan ikhtiar

Manakah wujud teman sejati?
Manakah ada cinta nan suci,
Jika?
Jika ada buktikanlah,
Kerna?
Harapan tipis ku hampir musnah!!!!

WALAUPUN KAU TIADA AKU TAK GUSAR AKU KAN IKHTIAR,

kerna aku saja yang mampu,
Menentu hala tuju,
Membahgiakan diriku,
Mewarnai hidupku,
Jangan sangka!!
Diriku kan merana,
Diriku akan sukar,
Kerana kau tiada aku tak gusar ku kan terus ikhtiar

Pening-pening ku sakit hati denganmu,
Tanpamu ku tahu ku saja yang mampu,
Buat apa bermuka katakanlah saja,
Aku terus ikhtiar

Pening-pening ku sakit hati denganmu,
Tanpamu ku tahu ku saja yang mampu,
Buat apa bermuka katakanlah saja,
Aku terus ikhtiar!!

Sunday, November 28, 2010

Aku dan diriku.

Setitik demi setitik air mata berguguran jatuh ke pipi..
Pilunya hati bagai di sentap mawar berduri..
Mengapa semua ini berlaku lagi??
Oh tuhan...tabahkan hati ini...

Aku tak pandai mengarang secebis puisi..
Aku hanya mampu merungkai rasa sekeping hati,
Yang hancur berkecai terhempas berderai..

Hati yang luka...pasti boleh di cantum kembali,
Dengan hadirnya cinta sekali lagi,
Dan ia akan tetap menjadi sekeping hati,
Tapi....ia adalah hati yang pernah berderai.

Kenapa agaknya sakit kali ini,
Sungguh berlainan sekali,
Udara yang ku hirup terasa menusuk terus ke sanubari,
Aku tak mampu bertahan lagi...

Kecewa...cepatlah kau pergi...
Aku tersiksa jika kau masih di sini.
Riang tawa...cepatlah datang kembali...
Memberi warna setiap hari.

Wahai bayangan...janganlah kau datang mengganggu lagi...
Kerna aku tak sanggup hidup dengan mengejar mimpi.
Menagih sesuatu yang tak pasti,
Mengimpikan kebahagiaan yang tak mungkin berulang kembali,

Sunday, October 24, 2010

Akan ku jumpa

Ku mengatur langkahku,Jln tanpa byang2 mu,
langit dan bumi setia menemaniku,
Mtahari menyinar tak pernah berpihak pada ku,
ku kepanasan tanpa perlindunganmu.

Hari berganti hari,
Aku kan masih teguh menanti,
Hadir dirimu dalam hidup meniti..
Rasa kecewa ada bila kaki penat berlari,
Namun takdirku takkan ku temui,
Ku takkan pernah cuba berhenti,
Langkah ku mencari cinta,Yg ku tahu hanya tuk diriku,
Kan ku terus cari sampai hujung dunia.
Kerna ku tahu akan ku jumpa dirimu.
Dan ku kan terus menempuhi liku2 selalu....

Ku lihat semua gembira,Bila mengenali erti cinta,
Senyuman ku beri hanya duka,Bila ingin teman tuk berbicara
Cinta jangan sembunyi,Mataku kabur mencari,
Hadirlah dalam hidupku ini,
Cinta jangan engkau pergi bila entah ku jumpa,
Untuk mengejar dirimu...

Saturday, October 16, 2010

Dosa seorang anak.

Alangkah gembiranya hati seorang ibu apabila mendapat cahaya mata yang telah lama dinantikan...Adik tahu ibu juga merasakan kegembiraan itu bukan??Adik satu-satunya anak ibu.Semua yang adik minta pasti ibu dan ayah tunaikan.Tapi bila adik dah besar...Ibu dengan ayah mula abaikan adik.Ibu dan ayah pergi kerja saat adik belum mencelikkan mata dan hanya pulang selepas adik nyeyak dibuai mimpi.Adik rasa terabai.
Masuk sekolah menengah..Adik dah pandai kenal rokok.Setiap kali sebelum ke sekolah rokoklah yang menjadi sarapan adik.Ibu dan ayah tak tahu itu semuakan?? Sebab ibu dan ayah memang tak pernah nak ambil tahu.Bila jiran-jiran laporkan pada ayah dan ibu yang adik dah pandai berlumba...Ibu dan ayah tak pernah percaya.Sebab ibu dan ayah lebih percayakan adik..Hahaha....
Ibu tahu??Adik dah pandai main perempuan.Banyak cd lucah yang adik simpan..Adik praktikkan dengan awek-awek adik..Jiran-jiran dah malas nak tegur sebab takut kena marah dengan ibu dan ayah.Sejak itu adik bebas lakukan apa saja.
Satu hari adik dapat tahu ibu kemalangan.Adiklah yang menjaga ibu.Ibu lumpuh!!Hanya mampu terbaring di atas katil.Doktor kata..kelumpuhan ibu adalah kekal dan ibu memang dah tak boleh pulih seperti sediakala...
Sejak hari itu memang ibu ada 24 jam dekat rumah..Tapi apa bezanya dengan ibu pergi bekerja??Kewujudan ibu hanya membuatkan adik susah.Kenapa adik yang mesti menjaga ibu??
Adik makin parah...Kalau dulu adik hanya hisap rokok...Kini adik pandai pula menghisap dadah.Duit pemberian ayah adik gunakan untuk membeli stok dadah.Adik pandai masuk disko.Adik mula teguk arak.Hidup adik semakin liar.Adik berani bawa perempuan masuk bilik depan ibu.Sebab adik tahu ibu tak mampu nak marah anak ibu ini.Mengangkat tangan untuk makan saja ibu tak mampu inikan pula nak memukul adik.
Ayah??Masih seperti dulu.Siang malam sibuk bekerja.Jaga ibu pun ayah tak sempat inikan pula nak ambil tahu pasal adik.Cuma duit yang membuatkan adik sedar kewujudan ayah keana setiap hari ayah akan bekalkan duit untuk adik.
Adik tahu ibu kecewa.Tapi hati batu adik langsung tak tergugat melihat air mata kecewa yang lahir dari kolam mutiara ibu.Ibu ingat lagi saat itu??Hari itu ibu meminta adik suapkan ibu makan..Ibu kata ibu lapar.Ibu nak makan bubur.Adik buatkan bubur untuk ibu dengan hati yang cukup tak ikhlas.Bila adik hulurkan pada ibu..Tiba-tiba ibu kata ibu tak mahu makan pula.
Ibu tahu tak adik dah penat-penat masakkan untuk ibu.Adik geram dan terus menyumbat bubur yang masih berasap ke dalam mulut ibu.Melecur mulut ibu.Tapi adik tak rasa kasihan langsung!!Adik benci tengok ibu.
Satu hari...Adik langsung tak dengar ibu panggil adik.Mata ibu masih terpejam..Tak mungkin ibu masih tidu sedangkan waktu dah tengah hari.Adik rasa tak sedap hati.Adik tolak-tolak badan ibu.Adik goncang-goncang tubuh ibu.Tapi mata ibu masih tidak terbuka.Adik telefon ayah.Tapi tak dapat.Adik keluar daripada rumah mintak tolong dari jiran-jiran.Tapi....tak ada sorang pun yang sudi nak tolong.Mungkin sebab mereka dah malas nak ambil tahu pasal kita..
Tiba-tiba datang seorang ustaz..Dia yang tolong panggilkan ambulance untuk ibu.Sampai di hospital doktor kata ibu dah tak ada.Mulanya adik fikir bagus kalau ibu tak ada lagi tapi...Sejak hari itu ibu selalu muncul dalam mimpi-mimpi adik..Ibu menangis teresak-esak.Lalu adik mimpi yang tubuh ini rentung di mamah api yang menjulang-julang.Adik buntu memikirkan maksud mimpi adik..hanya pada ustaz yang menolong kita adik luahkan perasaan.
Sebak hati ini bila ustaz menyuruh adik solat...Adk tak tahu solat ibu. Jahilnya adik...Ustaz pernah beritahu adik yang syurga seorang anak terletak pada tapak kaki ibu..memori-memori hitam mula bersarang di hati adik..Dapatkah adik cium bau syurga??Adik menyesal sebab tak sempat nak minta maaf pada ibu.Adik banyak dosa dengan ibu.Adik sayang ibu...Adik sayang ibu...Maafkan adik...
Kini baru adik terfikir....ibu keja siang dan malam agar dapat memenuhi kehendak adik.Ibu tak mahu adik merasakan kesusahan yang pernah ibu rasakan satu ketika dulu.Ibu tak banyak tanya sebab ibu percayakan adik.Kenapa adik tak pernah terfikir begini dulu???
Ibu...sekarang adik dah berubah...Adik tak lagi main perempuan..Adik tak hisap benda2 kotor tu lagi..Adik tak minum air syaitan tu..Dan adik tak jejak lagi ke disko.Tapi adik kesal..kenapalah adik berubah setelah ibu pergi..Kenapa adik tak cuba bahagiakan ibu disaat akhir usia ibu..Adik hanya mampu berdoa semoga ibu dapat maafkan adik..Adik menyesal ibu...

(MORAL OF THE STORY)-
SAYANGILAH IBU ANDA KERANA SYURGA SEORANG ANAK TERLETAK DI BAWAH KAKI IBU SELAGI ANAK ITU BELUM BERKAHWIN BAGI ANAK PEREMPUAN KERANA SYURGA SEORANG ISTERI DIBAWAH TAPAK KAKI SUAMI DAN SELAMA-LAMANYA UNTUK ANAK LELAKI.

P/S:Cerita ini tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia...

Thursday, September 23, 2010

Love Money

Sebelum aku mulakan.Aku nak bagitau bende yang aku nak citer ni tade kene mengena langsung dengan materialistik okey.Anyway aku pown bukan orang yang giler harta.No!!!!!Tengok tu berape banyak tande seru aku letak.Siyes tak siyes plakkan aku pasal orang kate aku giler harte ni.Aku pown tak nak cakap saper yang kate tu an...

          Berbalik semula pada bende yang aku nak citer sebenarnya.Hurmmmm....Aper dia ae??Baru-baru ni aku selalu perasan yang setiap kali kawan aku date ngan pakwe dia,balakz dia tu selalu bagi duit yang dah dilipat-lipat jadi bentuk love.

          Selame ni aku tak penah tertarik pown sebab tengok bende tu cam base2 jewk.Apelah susah nak buat menatang tu an.Lipat-lipat jewk da jadi.Senang giler!!Tapi biler aku cuber wat pertame kali.Baru aku tau susah tak susah buatnyer.Tapi sekarang da expert dah...*Riak la plak

         Aku ase mungkin kowunx sumer pernah nampak or mybe kowunx gak tau care nak buatnya.Anyway aku tak kire.Aku nak gak share step2 nak buat menatang ni.Hahaha....Sengal!!!

         Okey...Mule-mule kita amik duit seringgit.Lau duit besar2 tak cantik coz nanti love dia mesti jauh antare satu same lain.Dah macam orang putus cinta plak nampak ti.



         Pastu kiter lipat dua kasi dia betul-betul rate so love yang kiter nak buat t seimbang and takder la nmpak cam cacat sebelah kan.



        Kiter bukak balik lipatan tadi kemudian lipat masuk bahagian tepi hingga betul-betul diatas garisan yang telah terhasil tadi.Eceh..



       Kemudian kite tarik bahagian penjuru dia masuk dalam sampai jadi macam bentuk kat bawah ni.Make sure dua-dua same rate.



       Lakukan perkara yang sama pada bahagian hujung satu lagi.Kemudian lipat bagi mencari garisan tengah.



      Lipatkan ke belakang hingga batul-betul diatas garisan tengah tadi.



      Lakukan perkara yang sama pada bahagian yang satu lagi kemudian tarik bahagian atas turun ke bawah seperti yang ditunjukkan di bawah.



       Dah nak siap pown love kita tadi....Sekarang kita cuma perlu mmbuat sedikit kemasan bagi memastikan bentuk love yang kita buat tu benar-benar cantik.



      Taraaa!!!!!da siap...Hahaha...Senang jewk an...Renung-renungkan dan selamat mencuba...




P/S: Kalau nak lagi cantik duit tadi boleh digantikan dengan kertas warna yang bentuk dan saiznya sama dengan duit seringgit.K....Babaiii!!!

Thursday, September 16, 2010

Aku dAn RaSa iTu

Bila .........
Agaknya dapat kita bertemu kembali .
Untuk menunaikan segala janji yang terpatri ,

Dimana .....
Agaknya kita satu hari nanti ,
Di medan bakti atau dibawah jambatan besi ,

Bagaimana ....
Agaknya jalan yang harus kita tempuhi ,
terang dan lurus atau beonak berduri ,

Bukan itu persoalannya kini ,
Yang pasti kita dapat mencoraknya sedari kini ,
Kita yang menentukan di mana kita nanti .

Ahh ... sungguh mudah melafaskan janji ,
Namun mengapa sukar untuk kita tepati ? ?
untuk berkata menasihati ,
untuk membetulkan diri sendiri ,

tak mahu berjaya ? ?
Munafik sungguh andai aku mengiya ,
ingin hidup bahagia ,
begitu sukar untuk aku belajar meninggalkan kesenangan buat sementara ? ?

Aku ingin berjaya ,
Namun rasa ini kian bermaharajalela ,
Pergilah kau jauh dari membelenggu jiwa ,
Kerana aku bukan hnya mengejar cinta tapi ingin mendakap cita - cita .

Pergilah wahai rasa ,
Jangan kau seliputiku dengan bahagia yang sementara ,
akan terjawab persoalannya ? ?
dapat menduga ,
Selagi rasa ini mengunci segala cinta dan cita ,
Yang selama ini ku pahat kemas di dalam dada ..

Pergilah kau wahai rasa ,
Kerna kehadiranmu tidak membawa apa - apa ,
Selain merosakkan hidup dan menarik bahagia .