Aku.....hanya seorang pelajar biasa,
Di ajar oleh guru biasa,
Dengan cara yang sama,
Berbekalkan semangat yang sedia ada.
Hari mula berganti bulan,
Bulan mula berganti tahun,
Kini sudah tiba saatnya..
Berpisah dengan zaman yang istimewa.
Dikelilingi teman rakan dan taulan,
Bersama menyambut ilmu panduan,
Walau terkadang panas telinga,
Namun cikgu adalah insan yang ku sanjung mulia,
Siapakah kita selepas ini?
Mungkinkah kita kan bertemu di arena ini?
Atau...mungkin kita kan terus menempuhi cabaran hidup ini?
Masanya sudah tiba...
Tiada lagi kata "Selamat Pagi cikgu."
Walau kau mungkin tak percaya...
Aku pasti merindui detik itu.
No comments:
Post a Comment