My favorite Songs

Sunday, December 5, 2010

Persekolahan

Aku.....hanya seorang pelajar biasa,
Di ajar oleh guru biasa,
Dengan cara yang sama,
Berbekalkan semangat yang sedia ada.

Hari mula berganti bulan,
Bulan mula berganti tahun,
Kini sudah tiba saatnya..
Berpisah dengan zaman yang istimewa.

Dikelilingi teman rakan dan taulan,
Bersama menyambut ilmu panduan,
Walau terkadang panas telinga,
Namun cikgu adalah insan yang ku sanjung mulia,

Siapakah kita selepas ini?
Mungkinkah kita kan bertemu di arena ini?
Atau...mungkin kita kan terus menempuhi cabaran hidup ini?

Masanya sudah tiba...
Tiada lagi kata "Selamat Pagi cikgu."
Walau kau mungkin tak percaya...
Aku pasti merindui detik itu.

Saturday, December 4, 2010

Nasib seekor kucing...

Namaku Putih...Aku dulunya seekor kucing yang sangat comel...Dengan tompok coklat di bahagian muka dan badan yang putih gebu..Aku cukup disukai oleh tuanku.Aku di jaga dengan penuh kasih sayang...
Satu hari...tuan aku terkena alahan.Sejak itu setiap kali dia mendekatiku kulitnya akan memerah, hidungnya berair dan bersin berterusan.Aku di larang keras oleh ibu bapanya untuk mendekatinya.Ahh... Sedihnya hati ini...
Aku semakin diabaikan...makan minumku tidak di ambil peduli oleh seluruh ahli keluarga tuanku. Oohh...aku mesti mencari makanan..Perutku sudah berkeriuk kelaparan.Lalu aku curi-curi masuk ke dapur dan memakan ikan yang ada di singki dengan lahapnya.
"Prang!!!"aku terpelosok ke bahagian bawah singki.Habis sakit badan ku..
"Tak guna punya kucing!!!Kau curi ikan aku ya.Keluar kau.Keluar!!"sayup-sayup ku terdengar suara penghuni rumah itu menghalauku keluar...Tiba-tiba ku lihat tuanku menjerit-jerit memanggil nama ku dengan linangan air mata.Ahh...pilunya hati ini...
Kini aku menjadi kucing buangan...Mana tempat untuk ku tuju?Mana arah untuk ku pergi??Aku juga tidak mengetahuinya...Aku hanya mengikut gerak langkah kakiku.Makanan lazat??itu bukan lagi kehendakku..Aku mula menyelongkar tong-tong sampah yang ada...
Nasibku baik...Aku dapat merasa ikan goreng...walaupun cuma secubit sahaja isinya.Aku tahu... perutku pasti akan terluka jika aku tetap menelannya.Tapi apakan daya...Aku harus melakukannya untuk terus hidup.
Begitulah nasibku sehari-hari..Kini aku telah lali dengan sampah,maki-hamun dan kekejaman manusia. Kaki hadapan kananku di potong oleh manusia yang tidak berperikemanusiaan.Yang sanggup menganiaya makluk tuhan seperti ku.Tapi aku masih bernasib baik kerana dapat terus hidup.
Satu hari...Setelah bangun saja dari tidur...aku merasakan bahawa badanku mengalami kegatalan yang amat sangat.Aku menggaru tetapi masih tidak berkurang.Dugaan apakah ini..
Semakin hari penyakitku semakin teruk..Hingga bulu-buluku yang lebat mula gugur di satu-satu tempat.Kulitku kelihatan merah dan berair bertompok-tompok di antara bulu-bulu yang masih ada.Beratku semakin susut...Aku terus hilang keinginan untuk makan...
Aku kini....seekor kucing yang lemah...hodoh...dan juga seekor kucing yang menanti ajal datang menjemputku...Bayangan tuan aku yang comel masih terpahat dalam ingatanku...Mataku kian layu.... Semakin kabur...Selamat tinggal wahai dunia...