My favorite Songs

Saturday, September 24, 2011

Cinta Tak Di Restu

Desir-desir pilu menyingkap sebuah kenangan lalu,
Kenangan bersama denganmu dulu,
Kaulah cinta pertama bagi diriku,
Cinta pertama yang ku fikir boleh dilupakan sekelip begitu.

Demimu ku berkorban seorang kawan,
Demimu ku rela terima berjuta sesalan,
Cinta kita bukan terlarang,
Tapi ianya tidak seimbang.

Benarlah cinta itu buta,
Cinta menyirnakan mata hatiku,
Membuatkan aku percaya,
Pada cintamu yang ternyata palsu.

Kini ku cuba tuk hidup tenang,
Dan dirimu hanya bayang-bayang,
Kini ku masih cuba melupakanmu,
Bersama potret yang menjadi abu,

Memang benar kau cinta pertamaku,
Yang masih ku ingati walau tak mahu,
aku meninggalkanmu kerana cinta yang tak di restu,
Mungkin aku tercipta bukan dari rusuk kirimu.

Friday, September 23, 2011

PeLuK CiuM yAnG Ku RinDu!!!

Kau kehangatan tatkala ku kedinginan,
Kau kemesraan tatkala ku kesepian,
Kau setitik embun tatkala ku kehausan,
Kau penerang di dalam kegelapan.

Terlalu rindu diri ini dengan belaianmu,
Saat kau kucup mesra keningku,
Selalu ku ingat mesra pelukanmu,
Yang tak pernah berubah seiring waktu.

Andainya bisa aku terbang kesana,
Akan ku lakukan sekarang juga,
Agar hilang segala rindu di dada,
Dengan kenanan yang terpahat sentiasa.

Bila ku muncul di hadapanmu,
Belailah rambutku usap pipiku,
Tariklah daku dalam dakapanmu,
Berikan kucupan mesra itu,
Kerna aku merinduimu.
WAHAI IBU RATU HATIKU~~