Kenangan bersama denganmu dulu,
Kaulah cinta pertama bagi diriku,
Cinta pertama yang ku fikir boleh dilupakan sekelip begitu.
Demimu ku berkorban seorang kawan,
Demimu ku rela terima berjuta sesalan,
Cinta kita bukan terlarang,
Tapi ianya tidak seimbang.
Benarlah cinta itu buta,
Cinta menyirnakan mata hatiku,
Membuatkan aku percaya,
Pada cintamu yang ternyata palsu.
Kini ku cuba tuk hidup tenang,
Dan dirimu hanya bayang-bayang,
Kini ku masih cuba melupakanmu,
Bersama potret yang menjadi abu,
Memang benar kau cinta pertamaku,
Yang masih ku ingati walau tak mahu,
aku meninggalkanmu kerana cinta yang tak di restu,
Mungkin aku tercipta bukan dari rusuk kirimu.
No comments:
Post a Comment