Sekali lagi pintu ini ku buka walau hanya singgah sementara,
Ku cuba menariknya masuk terus kedalam,
Segala yang tersirat biarlah ku pendam.
Lalu terlintas di hati ini untuk membiarkannya sahaja,
Biarkan rasa yang hadir menapak tanpa di baja,
Biarkan bunga2 kasih gugur sebelum berkembang,
Daripada mekar dan diarak kumbang.
Ku nekad andai satu tahap ku harus terima,
Melihat dia dan pilihannya bersanding berdua,
Kan ku memandang dengan senyuman yang semanis madu,
Sambil berbisik sendiri bahawa aku sayang kamu.
Tak perlu kau tahu rahsia hati,
Tak perlu kau ukur dalam terisi,
Cukup sekadar harapku bahagia dirimu,
Maka dari itu bahagialah aku.
Tak perlu bertikam lidah berpaling muka,
Bila kau ada dia ku pastikan hanya aku yang terluka,
Di kala itu tak perlu kau utus salam perpisahan,
Kerana antara kita tak pernah ada sebuah permulaan.
[ok.. da lame tak update.. ase cm fail plaks kali nieyh]
No comments:
Post a Comment