My favorite Songs

Monday, October 24, 2011

Sekali lagi hati ini di duga dengan kuasa pandangan mata,
Sekali lagi pintu ini ku buka walau hanya singgah sementara,
Ku cuba menariknya masuk terus kedalam,
Segala yang tersirat biarlah ku pendam.

Lalu terlintas di hati ini untuk membiarkannya sahaja,
Biarkan rasa yang hadir menapak tanpa di baja,
Biarkan bunga2 kasih gugur sebelum berkembang,
Daripada mekar dan diarak kumbang.

Ku nekad andai satu tahap ku harus terima,
Melihat dia dan pilihannya bersanding berdua,
Kan ku memandang dengan senyuman yang semanis madu,
Sambil berbisik sendiri bahawa aku sayang kamu.

Tak perlu kau tahu rahsia hati,
Tak perlu kau ukur dalam terisi,
Cukup sekadar harapku bahagia dirimu,
Maka dari itu bahagialah aku.

Tak perlu bertikam lidah berpaling muka,
Bila kau ada dia ku pastikan hanya aku yang terluka,
Di kala itu tak perlu kau utus salam perpisahan,
Kerana antara kita tak pernah ada sebuah permulaan.

[ok.. da lame tak update.. ase cm fail plaks kali nieyh]

Tuesday, October 4, 2011

Hinakah kami ibu!!

ibu... ibu masih ingat pada adik?Adik anak ibu...
Adik nak ceritakan sesuatu pada ibu.... Adik harap ibu dapat baca nukilan hati adik..

Pada hari tu.. adik bertanya kepada Allah yang maha esa.. "Ya Allah,para malaikat di sini mengatakan bahawa esok Engkau akan mengirimkan aku ke dunia, tapi bagaimana caranya aku dapat menjalani hidup di sana sedangkan aku sangat kecil dan lemah." dan ibu tahu apa yang Dia katakan padaku. "Aku telah memilih satu malaikat untukmu di sana.Ia akan menjaga dan mengasihimu."

Adik berkata lagi "di dalam syurga ini tiada apa yang aku lakukan selain menyanyi dan ketawa, ia sudah cukup untuk membuat aku gembira.Lalu Allah berkata "Wahai Hambaku,malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Kau akan merasa kehangatan cintanya dan itu lebih membahagiakan lagi."

Dengan ragu-ragu adik bertanya"Bagaimana aku bisa mengerti apa yang dikatakan padaku sedangkan aku tidak memahami bahasa mereka."dan Allah berkata lagi "malaikatmu akan berbicara dengan bahasa yang paling indah dan akan mengajarmu berbicara dengan penuh kesabaran."

Adik bimbang adik takkan dapat berbicara dengan Tuhan yang maha Esa lalu adik bertanya lagi, "Apa yang harus aku lakukan di saat aku ingin berbicara denganMu?" . Allah menenangkan aku dan berkata, "Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana caranya untuk kau berdoa padaKu"

"Ya Tuhanku,aku mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat.Siapa pula yang akan melindungi ku di sana."

"Malaikatmu itu akan melindungimu walaupun hal tersebut mungkin dapat mengancam nyawanya"

"Adakah aku takkan dapat berjumpa denganMu lagi ya Allah"

"Malaikatmu akan menceritakan padamu tentang Aku dan akan mengajarkan bagaimana agar kamu boleh kembali kepadaku,dan ketahuilah sesungguhnya Aku akan selalu berada di sisimu."

Saat itu Syurga terasa begitu tenangnya sehingga suara dari Bumi dapat terdengar dan adik bertanya perlahan, "Ya Allah, sekiranya aku harus di tiupkan sekarang, bolehkah kamu memberitahuku nama malaikat tersebut?"dan jawabNya "Kamu akan memanggil malaikatmu Ibu dan cintailah dia sepanjang masa."

Ketika aku melihat indahnya dunia dan hangatnya rahim mu... adik berjanji bila adik di lahirkan.. adik akan jadi anak yang akan membahagiakan mu ibu...Tapi.... ibu ingat lagi tak... saat ibu mengetahui kewujudanku... ibu menangis teresak2.. ku sangkakan ibu menangis bahagia.. dan satu hari.. ayah membawa ibu ke satu tempat. Ibu... apa salah adik ibu...hinakah adik hingga ibu buat adik begini...

ibu buang adik secara paksa..ibu biarkan mereka melakukan kekejaman terhadap adik.Hingga adik tak sempat merasa hidup di dunia ini ibu.
di sini adik jumpa rakan adik yang sama nasibnya seperti adik...cuma dia telah terlebih dahulu merasainya. lihat ibu.. darahnya telah beku dan menghitam akibat lama di simpan di dalam bilik yang sejuk ini ibu... apa salah kami.....
lihatlah ibu... darah merah yang mengalir sewaktu mereka memandikan adik... itu darah dari rahim mu. tidakkah kau kasihan ibu.
lihat ibu... rakanku merintih kerana malaikat yang akan menjaganya membuangnya tanpa belas kasihan. Lihatlah ibu.
setelah siap di mandikan... kami semua di kumpulkan di satu tempat..... adakah selayaknya kami di buang begini.Bukankah tujuan kami di kirim ke muka bumi ini untuk membahagiakan mu ibu.
di sini...setelah siap dan bersih dari segala sisa-sisa darah dari rahim ibu.. kami di balut dengan kain putih dan kapas... ibu tahu... kain putih itu sesuci kami semua anak-anak yang tidak di ingini.
Ibu lihat la ibu... beginikah akhirnya nasib kami ibu?
Ibu... sekarang aku telah kembali ke sisi Nya tanpa merasa kehangatan malaikat yang bernama IBU.
Adik tunggu ibu di sini.... Dan adik berdoa agar Allah mengampunkan dosa ibu yang mensia-siakan adik.

Buat semua ibu kami... adakah salah anak yang di kandung... atau salah ibu mengandung mahupun slh ayh yang mengendong.... kami.... sayang ibu..

Saturday, September 24, 2011

Cinta Tak Di Restu

Desir-desir pilu menyingkap sebuah kenangan lalu,
Kenangan bersama denganmu dulu,
Kaulah cinta pertama bagi diriku,
Cinta pertama yang ku fikir boleh dilupakan sekelip begitu.

Demimu ku berkorban seorang kawan,
Demimu ku rela terima berjuta sesalan,
Cinta kita bukan terlarang,
Tapi ianya tidak seimbang.

Benarlah cinta itu buta,
Cinta menyirnakan mata hatiku,
Membuatkan aku percaya,
Pada cintamu yang ternyata palsu.

Kini ku cuba tuk hidup tenang,
Dan dirimu hanya bayang-bayang,
Kini ku masih cuba melupakanmu,
Bersama potret yang menjadi abu,

Memang benar kau cinta pertamaku,
Yang masih ku ingati walau tak mahu,
aku meninggalkanmu kerana cinta yang tak di restu,
Mungkin aku tercipta bukan dari rusuk kirimu.

Friday, September 23, 2011

PeLuK CiuM yAnG Ku RinDu!!!

Kau kehangatan tatkala ku kedinginan,
Kau kemesraan tatkala ku kesepian,
Kau setitik embun tatkala ku kehausan,
Kau penerang di dalam kegelapan.

Terlalu rindu diri ini dengan belaianmu,
Saat kau kucup mesra keningku,
Selalu ku ingat mesra pelukanmu,
Yang tak pernah berubah seiring waktu.

Andainya bisa aku terbang kesana,
Akan ku lakukan sekarang juga,
Agar hilang segala rindu di dada,
Dengan kenanan yang terpahat sentiasa.

Bila ku muncul di hadapanmu,
Belailah rambutku usap pipiku,
Tariklah daku dalam dakapanmu,
Berikan kucupan mesra itu,
Kerna aku merinduimu.
WAHAI IBU RATU HATIKU~~

Monday, August 15, 2011

Luahan hati sadari diri.

Andai mampu ku lukiskan bentuk hati,
Akan ku lakarkan bersegi-segi,
Melambangkan bicara yang berbelah bagi,
Berpecah mengalir membasahi segenap sanubari.

Bukan.... Bukan puisi yang aku hasilkan,
Bukan juga madah yang aku luahkan,
Ini....ini adalah bisikan kalbu yang lama tak terluahkan,
Bisikan sanubari yang meronta kegelisahan.

Aku tak pandai menyusun ayat puitis,
Apatah menyimpul sebaris ayat manis,
Aku tak bijak mengarang berseni,
Apatah memetik sekuntum melodi.

Aku hanya meluahkan rasa dalam diri,
Yang ingin menyadarkan kau walau cuma sekali,
Juga menyadarkan diriku sendiri,
Yang kita hanya musafir di atas bumi.

Aku?aku bukanlah insan yang bebas dari dosa dan umpat keji,
Aku juga sama seperti kau yang menumpang di dunia ini,
Kita semua membawa watak yang skripnya di beri untuk di ikuti,
Tapi kita sering kali melanggar arahan yang telah di beri.

Kau dan aku sama saja sayang,
Kita hidup bukan berlandas bayang-bayang,
Sejauh mana kau bersyukur kerana di beri peluang?
Dan sejauh mana aku melangkah untuk terus menjadi seorang pemenang?

Pantulkan kasih sandarkan harapan,
Gapai impian garapkan  keredhaan,
Moga kau dan aku akan kembali,
Bersama  kelak dlm nur firdausi.